CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya.. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, CINTA kepada ALLAH membawa kedamaian.. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan.. Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak..
Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segalanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan.. Dan, kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan cintanya kepada orang yang tersayang..
Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.. Namun, tidak dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai, dan mahu cinta mereka berakhir dengan perkahwinan..
Tetapi cinta yang indah itu sangat menakutkan.. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup itu sudah tidak bermakna.. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan..
Tiada cinta yang lebih agung selain cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.. Maka, apabila anda bercinta, janganlah cinta itu melebihi cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA..
-AKU CINTA DIA, Sharifah Abu Salem-

0 comments:
Post a Comment